Jeffrey "Mantas" Dunn telah berkongsi kenyataan di saluran media sosialnya, mendedahkan bahawa dia akan berundur daripada Venom Inc. Ianya disebabkan oleh masalah kesihatan serta hal-hal peribadi.
Dunn, yang merupakan gitaris asal bagi perintis speed metal dan thrash metal Venom, berkata bahawa "beberapa bulan terakhir telah menjadi sangat sukar di setiap peringkat" dan menambah:
"Jadi, kawan-kawan saya, sekarang adalah masa untuk menangani situasi ini. Saya ingin memberitahu anda semua bahawa saya tidak akan kembali ke Venom Inc."
Awal tahun ini, Dunn mengalami serangan jantung, dan Curran Murphy mengambil alih sebagai pengganti sementara. Pada tahun 2023, gitaris tersebut juga terpaksa berehat setelah mendedahkan bahawa isterinya didiagnosis dengan kanser.
Jeffrey adalah gitaris terawal yang menyertai kumpulan legenda Venom. Beliau kerap keluar masuk band tersebut dan akhirnya pada tahun 2002 adalah kali terakhir beliau bersama Venom.
Pada tahun 2015, beliau bersama ahli venom yang lain, Abaddon (dram) menubuhkan Venom Inc.
.png)

Post a Comment