![]() |
| Kredit: Alex Krauss |
Trio black metal avant-garde Imperial Triumphant berhasrat menjadikan tahun 2025 milik mereka. kumpulan tersebut mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album penuh keenam yang berjudul Goldstar pada tahun depan. Dijadualkan untuk diterbitkan melalui label Century Media Records, tidak banyak maklumat tentang album baru ini kecuali fakta bahawa ia akan menampilkan single yang baru dikeluarkan iaitu Hotel Sphinx.
Lagu itu agak bagus, akan tetapi video yang diarahkan oleh Steve Blanco dari kumpulan itu sendiri adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya. Ada sesuatu yang seronok serta anehnya mengganggu apabila menonton versi mainan kumpulan itu memainkan lagu tersebut. Ia cuma... pelik.
Bercakap mengenai lagu tersebut, kumpulan itu menjelaskan tentang yang sebenarnya:
‘Entertainer extraordinaire’ memimpin para penonton yang mudah tertipu melalui lorong-lorong gelap ‘Hotel Sphinx’. Di sebalik lampu-lampu, kamera-kamera, dan aksi yang tidak berkesudahan, terdapat arus bawah yang mengganggu...di mana kuasa diberi makan oleh kenaifkan remaja. Garis antara hiburan, inisiasi, serta eksploitasi kabur kerana satu konspirasi diam bermaharajalela di ‘Illuminated Valley of the Kings’, di mana selebriti politik meraikan kematian. Upacara peralihan yang terlalu gelap untuk dibicarakan, menjanjikan keselamatan palsu dalam dunia di mana persembahan tidak pernah berakhir."
Agak mendalam maksudnya. So korang boleh layan single terbaru kumpulan ini sambil menantikan album terbaru mereka.
sumber: Metalsucks


Post a Comment