Umum Single Terbaru! Pentagram Bakal Muncul Dengan Album "Lightning In A Bottle"

 



Selepas hampir 50 tahun, pelopor doom metal Amerika iaitu Pentagram akan melancarkan album baru bulan depan yang bertajuk Lightning In A Bottle. Dengan hanya beberapa minggu lagi sebelum album tersebut dirilis, band ini telah melancarkan single kedua mereka berjudul Live Again, bersama dengan video muziknya.


Seperti yang anda boleh lihat, video tersebut berkisarkan tentang persembahan langsung mereka, di mana frontman pengasas Bobby Liebling berada di belakang mikrofon manakala ahli-ahli baru seperti pemain gitar/penerbit Tony Reed (Mos Generator, Big Scenic Nowhere, dan lain-lain), pemain dram Henry Vasquez (Legions of Doom, Saint Vitus, Blood of the Sun, dan lain-lain) dan pemain bass Scooter Haslip (Mos Generator, Saltine) melengkapkan posisi kumpulan tersebut.

Lightning In A Bottle akan dikeluarkan pada 31 Januari melalui Heavy Psych Sounds.


Post a Comment

Previous Post Next Post