![]() |
| Blastphemy |
Band dari Kota Malang Indonesia iaitu Blastphemy telah muncul dengan
album pertama mereka, Antropogenik.
Band yang membawakan genre Death Metal dibarisi oleh Hikam Sultan
(vokal), Dedek Nirwan (gitar), Andrianus Jon (gitar), Nirwan Jerryson (bass)
dan Dhandhit Ben Syakhar (dram). Antropogenik dirakam di studio Vamos31 Record
Studio dengan mixing & mastering dilakukan oleh Yasa Wijaya. Sementara
karya kulit hadapan dihasilkan oleh Pandhu Wiranata.
Album Antropogenik tampil dengan lapan lagu yang berdurasi selama 31minit.
Dengan adanya elemen teknikal Death Metal yang kelam. Mereka banyak mendapat
pengaruh daripada beberapa band Metal terkenal seperti The Black Dahlia Murder,
Obscura, Wretched dan At The Gates.
Menurut Blastphemy, album ini banyak mengangkat isu-isu sosial serta
permasalahan yang dibawa oleh manusia. Dengan penulisan yang keras serta muzik
yang cukup brutal, ianya dapat meluahkan perasaan amarah yang terhadap dunia.
Lebih lebih lagi dengan suara sang vokalis, Hikam Sultan yang cukup ‘angker’
dalam menyampaikan lagu.
Debut album Blastphemy-Antropogenik kini sudah didengari di beberapa platfom muzik popular:https://linktr.ee/blastphemy
Ikuti mereka di media sosial:
Facebook: https://facebook.com/blastphemyband
Instagram: https://instagram.com/blastphemy.official
YouTube: https://youtube.com/@blastphemyband?si=1Zg19r9z0RQ6SMWM
![]() |
| Cover album |
.jpg)


.jpg)
Post a Comment