Bagaimanapun pemain gitar Sepultura, Andreas Kisser tetap cuba mengundang mereka.
Dalam satu wawancara dengan Moshpit Passion, Kisser membincangkan sama ada pertunjukan terakhir band ini akan dimasukkan dalam album live perpisahan mereka sebelum mengundang saudara Cavalera untuk bergabung dengan band di atas pentas."Siapa tahu? Segalanya mungkin. Kami membuat tiga pertunjukan besar di São Paulo sebelum kami ke Amerika. Dan kami merekod keseluruhan pertunjukan....kamera, DVD dan sebagainya. Sudah tentu, perkara ini yang kami rakam untuk album live adalah audio sahaja. Dan kami merancang untuk mengadakan pertunjukan perpisahan terakhir di São Paulo pada tahun 2026. Jadi kami suka pergi ke tempat-tempat...kami suka melawat tempat-tempat yang belum pernah kami lawati sebelum ini. Kami suka mengucapkan selamat tinggal dalam suasana yang santai...tanpa tergesa-gesa. Tidak ada alasan untuk mempercepatkan apa-apa. Kami sangat menikmati kenangan ini. Kami merayakan momentum ini. Ia sangat hebat. Ia menakjubkan."
"Jadi, ia adalah sesuatu yang perlu ada dalam rakaman, rasa keterujaan ini! Hubungan yang kita ada dengan orang ramai dan sebagainya. Tetapi, ya, segalanya mungkin. Maksud saya, sudah tentu, pertunjukan terakhir, akan menjadi hebat. Kami suka mengundang semua bekas ahli, termasuk Cavalera bersaudara. Mari kita lihat apa yang berlaku. Kami sedang berusaha ke arah itu, untuk mengadakan sambutan besar khas untuk peminat."
Max Cavalera pergi meninggalkan Sepultura pada tahun 1996. Manakala Igor Cavalera bertahan selama sepuluh tahun lagi serta meninggalkan band pada tahun 2006. Cavalera bersaudara telah melancarkan projek bersama. Antara yang terbaru adalah rakaman semula tiga keluaran pertama Sepultura. Kisser menambah, akui bahawa Sepultura dan saudara Cavalera mungkin tidak akan pernah sependapat, jamming akhir adalah untuk peminat...bukan untuk band.
"Kami tidak peduli siapa yang betul atau salah. Kami tidak akan sampai ke tahap itu. Kami mempunyai pandangan dan perspektif yang berbeza mengenai peristiwa sejarah serta perkara yang berkaitan. Jadi, mari kita jamming, mari kita berseronok untuk peminat! Untuk kami, untuk diri sendiri, serta benar-benar menutup 43 tahun atau 44 tahun yang menakjubkan ini. Apa pun yang akan terjadi pada masa itu, dengan damai dengan diri sendiri, dan benar-benar mencapai sesuatu yang berbeza selepas itu. Sekurang-kurangnya dari sudut pandang saya, saya suka, tentu saja, terus dengan muzik dan segalanya...tetapi mungkin melakukan sesuatu yang berbeza. Siapa tahu?"
Harap-harap perkara ini akan menjadi realiti, lagi-lagi Sepultura dah nak terkubur nanti.
Sumber: Metal Injection
.png)


Post a Comment